SPRM ambil keterangan 5 individu termasuk Annuar

SPRM ambil keterangan 5 individu termasuk Annuar

ANNUAR MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keterangan li­ma saksi termasuk bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa telah diambil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan jutaan ringgit diberikan Perikatan Nasional (PN) bagi membantu UMNO pada Pilihan Raya Negeri Sabah, dua tahun lalu.

Mengesahkan kepada Utusan Malaysia, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, keterangan kesemua mereka telah diambil minggu lalu.

Kata beliau, keterangan beberapa saksi lain termasuk Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang dalam tindakan untuk diambil.

“SPRM sedang jalankan siasatan lanjut berhubung perkara itu,” katanya ringkas ketika dihubungi di sini semalam.

Annuar hari ini mengesahkan telah memberi keterangan berhubung dakwaan berkenaan minggu lalu.

Katanya, beliau sudah membuat penjelasan penuh kepada SPRM, perjalanan cerita sebenar berhubung dakwaan berkenaan.

Annuar juga mengucapkan terima kasih kepada SPRM dan akan terus memberi kerjasama kerana itu merupakan tanggungjawabnya.

Pada 6 Disember lalu, SPRM dilaporkan menyiasat dakwaan Annuar berhubung Muhyiddin yang juga bekas Perdana Men­teri memberi UMNO jutaan ringgit bagi membantu parti itu ketika PRN Sabah pada 2020.

Terdahulu, pada 21 November lalu, menerusi video di TikTok, Annuar mendakwa Muh­yiddin menemuinya di Sabah untuk memberikan ‘berpuluh juta’ ringgit, malah kenyataannya itu menimbulkan persoalan daripada mana datangnya wang itu. Dalam video itu, Annuar berkata, dakwaan Pengerusi PN itu mahu ‘membunuh’ UMNO adalah palsu dan rekaan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.