Rompak kedai emas kerana ‘mengidam’

Rompak kedai emas kerana ‘mengidam’

SEORANG wanita cuba merompak barang kemas di sebuah kedai emas yang beroperasi di pusat beli-belah di Ayer Keroh, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Suspek wanita berjubah yang cuba merompak sebuah kedai emas beroperasi di pusat beli-belah di Ayer Keroh di sini dalam kejadian Selasa lalu, berjaya diberkas polis kelmarin.

Tangkapan dibuat kira-kira pukul 5 petang di sebuah rumah di Kampung Kuala Linggi, Masjid Tanah dekat sini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, ketika soal siasat dilakukan, ibu kepada dua orang anak itu mendakwa, dia berbuat demikian disebabkan perasaan mengidam untuk mencuba melakukan sesuatu yang ekstrem, berikutan kini sedang hamil enam bulan.

Beliau berkata, turut dirampas bersama suspek berusia 35 tahun itu adalah sebilah pisau berukuran 13 sentimeter yang dipercayai digunakan ketika kejadian.

CHRISTOPHER PATIT

“Suspek mengandung anak ketiga dan berbuat demikian kerana naluri ingin mencuba melakukan sesuatu yang baru. Suspek bekerja sebagai pegawai sumber manusia di sebuah syarikat swasta di Melaka.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 393 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan iaitu cubaan merompak menggunakan senjata. Sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan denda. Suspek telah direman selama empat hari sehingga Selasa depan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Khamis lalu, Utusan Malaysia melaporkan, polis sedang giat mengesan seorang wanita yang juga suspek cubaan merompak sebuah kedai emas yang beroperasi di pusat beli-belah di Ayer Keroh.

Suspek yang berpakaian jubah serta memakai pelitup muka telah ke kedai emas berkenaan dan berpura-pura ingin membeli barangan kemas, sebelum bertindak mengacukan sebilah pisau kepada pekerja yang melayaninya.

Semasa kejadian, suspek turut mengarahkan mangsa supaya memasukkan barang kemas ke dalam beg galasnya, namun tidak berjaya kerana rakan sekerja mangsa bertindak pantas menariknya sebaik sahaja menyedari insiden itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya