PM, Ahmad Zahid, Fadhillah tiba Istana Negara

PM, Ahmad Zahid, Fadhillah tiba Istana Negara

ANWAR Ibrahim melambai kepada pengamal media ketika tiba di Istana Negara hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara di sini kira-kira pukul 2.37 petang ini.

Beliau yang menaiki kereta Proton Perdana Hitam turut melambai kepada pengamal media di pintu satu, Istana Negara.

Terdahulu, Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadhillah Yusof tiba kira-kira pukul 2.30 petang.

Ahmad Zahid dijangka mengangkat sumpah selaku Timbalan Perdana Menteri (TPM) serta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah manakala Fadhillah selaku TPM di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, hari ini.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut dijangka berangkat pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Rahsia itu.

Istiadat yang dijadualkan bermula pukul 3 petang itu turut dihadiri Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan 28 jemaah Kabinet selepas hari kelapan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Seri Paduka pada 24 November lalu.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya