Pesta ‘sembat’ ikan patin di Kampung Jubakar Pantai

Pesta ‘sembat’ ikan patin di Kampung Jubakar meriah

AZIZI Anuar (kanan) bersama rakan menunjukkan ikan patin yang berjaya dipancingnya di kawasan pintu air Kampung Jubakar Pantai, Tumpat, Kelantan. –UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Kawasan pintu air Kampung Jubakar menjadi tumpuan kaki pancing untuk mengail ikan patin secara ‘sembat’ setiap kali banjir melanda jajahan ini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, hampir setiap hari kaki pancing akan bersilih ganti memburu hidupan air itu seawal pukul 5 pagi.

Seorang pemancing, Azizi Anuar, 33, dari Kampung Machang Gochoh, Pasir Mas, berkata, seawal pukul 5 pagi dia sudah tiba di pintu air itu semata-mata mahu memancing ikan sungai yang menjadi kegemaran ramai.

Menurutnya, sejak mula memancing di kawasan itu pada 19 Disember lalu dia sudah menjana pendapatan sebanyak RM600 wang hasil jualan ikan patin.

“Setiap ikan patin yang diperoleh dijual pada harga RM15 sekilogram dan kebanyakan pelanggan yang membelinya adalah penduduk kampung atau mereka yang datang ke sini untuk melihat ‘pesta’ tersebut.

“Adakalanya, saya akan membawa pulang seekor ikan patin untuk dimasak dan makan bersama keluarga,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Seorang lagi, Mohd. Nor Husin, 40, berkata, sejak banjir melanda Tumpat dia telah memperoleh pendapatan sebanyak RM200 hasil jualan patin yang dipancing.

Katanya, apabila pintu air itu dibuka secara tidak langsung ikan akan timbul dan kaki pancing akan mengambil peluang untuk ‘memburu’ ikan-ikan tersebut. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya