Perkasa alumni, bantu pembangunan sekolah

Perkasa alumni, bantu pembangunan sekolah

NORLIZAH Noh menghadiri Makan Amal Alumni bersama PIBG SMA Kota Tinggi yang dianjurkan sempena Sambutan Jubli Delima ke-40 tahun sekolah tersebut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Semua sekolah di negeri ini disaran memperkasakan alumni bagi membantu memacu kecemerlangan menerusi jalinan yang baik antara bekas pelajar, pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi negeri, Norlizah Noh berkata, penubuhan alumni adalah amat penting bagi sesebuah sekolah kerana sumbangan mereka sangat diperlukan terutamanya dalam membantu persekitaran pembelajaran yang berkesan.

“Pihak sekolah seharusnya mengaktifkan ia dengan cara mendaftarkannya selari dengan tuntutan di bawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.

“Ini bagi mengukuhkan penglibatan alumni dalam menyokong kemenjadian murid dan sekolah yang berprestasi tinggi seiring dengan keperluan pendidikan semasa.

“Alumni merupakan orang yang paling dekat dengan sekolah berbanding masyarakat di luar. Tambahan, usaha pihak sekolah untuk mendapatkan sokongan daripada golongan ini lebih mudah memandangkan mereka memahami keperluan sekolah yang pernah menjadi tempat mereka menuntut ilmu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Makan Amal Alumni bersama PIBG Sekolah Menengah Agama (SMA) Kota Tinggi yang dianjurkan sempena Sambutan Jubli Delima ke-40 tahun sekolah tersebut semalam.

Norlizah yang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Lama berkata, penubuhan itu juga boleh membantu menampung kekurangan sekolah, misalnya peruntukan yang tidak mencukupi untuk menjalankan program kecemerlang akademik mahupun kokurikulum, kerosakan kemudahan mahupun bangunan sekolah yang sudah lama menerusi aktiviti penjanaan sumber kewangan.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada guru-guru, PIBG dan alumni sekolah atas usaha mengukuhkan penglibatan ibu bapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kecemerlangan murid menerusi program berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya