Penjawat awam empat kementerian distruktur semula

Penjawat awam empat kementerian distruktur semula

Kerajaan di­jangka menstruktur semula penjawat awam ter­ma­suk kakitangan kontrak melibat­kan pegawai tinggi bermula hujung bulan ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan di­jangka melakukan penstruktu­ran semula penjawat awam ter­ma­suk kakitangan kontrak melibat­kan pegawai tinggi bermula hujung bulan ini.

Sumber kerajaan memberita­hu Utusan Malaysia, ia melibat­kan ratusan kakitangan di em­pat kementerian yang digabungkan susulan pengumuman barisan Kabinet oleh Perdana Men­teri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Empat kementerian tersebut adalah Kementerian Pemba­ngu­­nan Luar Bandar (KPLB); Ke­­menterian Wilayah Perseku­tuan (KWP); Kementerian Te­na­ga dan Sumber Asli (KeTSA) de­ngan Kementerian Alam Se­kitar dan Air (KASA).

Kementerian Wilayah Perse­ku­­tuan dan KPLB kini digabung­kan menjadi Kementerian Pembangunan Desa dan Wilayah, diletakkan di bawah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Begitu juga KeTSA dan KASA yang digabungkan menjadi Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad.

Bagaimanapun menurut sumber, pihaknya belum mendapat sebarang notis dan menunggu makluman terbaharu daripada Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Zuki Ali.

“Tindakan ini akan melibatkan ratusan kakitangan kerajaan, yang berjawatan tetap akan dihantar ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), yang berstatus kontrak difahamkan akan berakhir pada bulan ini, mereka akan menerima gaji terakhir pada akhir Disember ini.

“Ini sebagai langkah menjimatkan kos, tetapi hakikatnya akan lebih banyak kos yang perlu dibuat kerana selepas ini ia akan melibatkan perubahan nama papan tanda di kementerian melibatkan nilai setengah juta ringgit, tukar kepala surat, cop kementerian, kad nama, ba­n­yak benda teknikal yang perlu diubah semula,” katanya ketika dihubungi semalam.

Malah jelas sumber, penstrukturan semula turut melibatkan kakitangan kerajaan daripada skim program Malaysia Short-term Employment Programme (MySTEP).

“Mereka adalah golongan belia yang tiada elaun, hanya ada gaji asas anggaran RM2,000 setiap orang, mana golongan belia ini nak pergi?”, soalnya.

Kelmarin, kerajaan mengumumkan perkhidmatan Datuk Seri Mohd. Shafiq Abdullah sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) ditamatkan berkuat kuasa 12 Disember.

Mohd. Zuki berkata, penamatan itu dibuat selepas melalui semua prosedur Penamatan Demi Kepentingan Awam (PDKA) dan diteliti Peguam Negara.

Pengumuman itu memberitahu penamatan Mohd. Shafiq sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred Utama Turus 1 (Memangku) demi kepentingan awam di bawah peraturan yang disebutkan.

Mohd. Shafiq dilantik memegang jawatan itu pada 10 Februari lalu menggantikan Tan Sri Mohd. Khairul Adib Abd. Rahman yang bersara wajib pada 16 Jan 2022.

Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 November lalu selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong melalui Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara.

Anwar meletakkan komitmen berhubung pembentukan Kabinet di bawah pimpinan beliau adalah bersaiz kecil iaitu tidak dianggota jemaah menteri yang ramai. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×