Pengasas Public Bank, individu keempat terkaya Malaysia meninggal dunia - Utusan Malaysia

Pengasas Public Bank, individu keempat terkaya Malaysia meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengasas dan Pengerusi Emeritus Public Bank, Tan Sri Dr. Teh Hong Piow meninggal dunia pada pukul 10.20 pagi tadi.

Berita dimaklumkan menerusi kenyataan akhbar Public Bank yang memberitahu Hong Piow, meninggal dunia pada usia 92 tahun.

“Pemergian Hong Piow adalah satu kehilangan besar kepada Kumpulan Public Bank. Bagi pihak lembaga pengarah, pengurusan dan kakitangan Kumpulan Public Bank, kami menyampaikan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga Hong Piow,” kata Public Bank dalam satu kenyataan.

Baru-baru ini, Forbes 2022 melaporkan Hong Piow merupakan individu keempat terkaya di Malaysia dengan nilai kekayaan AS$5.7 bilion (RM25 bilion).

Tokoh perbankan itu dilahirkan di Singapura pada 14 Mac 1930 dan mengikuti pendidikan formal rendah dan menengah di Sekolah Cina Anglo di Singapura.

Beliau berkahwin dengan Puan Seri Tay Sock Noy sejak 1956 dan mempunyai empat orang anak.

Hong Piow mengasaskan Public Bank ketika usia 35 tahun dan kemudian menjadi Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan pada 1966.

Pada 1 Julai 2022, beliau menjadi Pengerusi Bukan Eksekutif Public Bank setelah melepaskan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif  dan pada 31 Disember 2018, beliau bersara sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif dan kemudian diberi kedudukan Pengerusi Emeritus dan Penasihat bank pada 1 Januari 2019 serta kekal sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Lembaga Pengarah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya