Ancaman AI tuntut Malaysia percepat penguasaan teknologi - PM

Ancaman AI tuntut Malaysia percepat penguasaan teknologi – PM

ANWAR Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara di Perdana Putra, Putrajaya. PEJABAT PERDANA MENTERI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia perlu melonjakkan penguasaan teknologi strategik dan memperkukuh keupayaan tempatan dalam menghadapi cabaran keselamatan siber yang semakin kompleks. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkembangan modal kecerdasan buatan (AI) generasi baharu Frontier AI termasuk Anthropic Mythos memberi implikasi besar terhadap keselamatan siber negara.

Menurutnya, perkembangan itu menuntut Malaysia bertindak lebih pantas dan strategik dalam membina keupayaan teknologi sendiri.

“Saya tegaskan bahawa Malaysia mesti melonjakkan penguasaan teknologi strategik agar mampu membangunkan teknologi tempatan yang dipelopori oleh kepakaran anak tempatan. 

“Dalam masa yang sama, pembangunan teknologi mesti diselarikan dengan keutuhan nilai, budaya dan jati diri negara,” katanya di laman Facebook selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara hari ini. 

Anwar berkata, beliau turut penekanan kepada pembangunan keupayaan kriptologi negara sebagai asas penting dalam melindungi data, komunikasi strategik dan kedaulatan digital Malaysia pada era kecerdasan buatan serta pengkomputeran kuantum.

Katanya, perbincangan turut menyentuh usaha memperkukuh perlindungan Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (NCII), meningkatkan kesiapsiagaan terhadap ancaman pasca-kuantum (PQC) serta menangani risiko baharu termasuk penyalahgunaan teknologi AI.

“Tatkala dunia kian dipacu teknologi dan kecerdasan buatan, keselamatan siber menjadi benteng kepada kedaulatan digital, kemajuan dan daya saing negara. 

“Keupayaan melindungi data, sistem serta infrastruktur kritikal akan menjadi antara penentu kekuatan Malaysia pada masa hadapan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN