Menteri setuju potong gaji 20 peratus - Anwar

Menteri setuju potong gaji 20 peratus – Anwar

ANWAR Ibrahim mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertama di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. - GAMBAR PEJABAT PERDANA MENTERI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Gaji setiap Jemaah Menteri dipotong sebanyak 20 peratus setiap bulan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

ANWAR Ibrahim ketika menghadiri sidang akhbar di Putrajaya di sini hari ini. -UTUSAN/FAISOL MUSTAFA

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Anwar hari ini.

Anwar berkata, perkara itu diputuskan selepas mengambil kira semangat keprihatinan barisan Jemaah Menteri terhadap masalah dihadapi rakyat ketika ini.

“Kami setuju potong gaji 20 peratus setiap bulan,” katanya pada sidang akhbar hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Bangunan Perdana Putra, hari ini.

Katanya, pemotongan gaji itu akan dibuat sehingga ekonomi negara pulih.

Dalam pada itu, Anwar turut mengesahkan bahawa beliau tidak mengambil gaji sebagai Menteri Kewangan.

“Ada orang kata Anwar tidak ambil gaji Perdana Menteri tapi ambil gaji Menteri Kewangan… itu tidak benar…gaji dia satu sahaja,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya