Melaka naikkan kadar bantuan mangsa bencana

Melaka naikkan kadar bantuan mangsa bencana

RAHMAD MARIMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kadar bantuan kepada mangsa bencana di negeri ini dinaikkan sehingga RM5,000 mengikut jenis bencana dan tahap kerosakan dihadapi.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir Melaka, Datuk Rahmad Mariman berkata, kadar sumbangan bagi bencana banjir dinaikkan kepada RM300 dan RM700 berbanding RM200 dan RM500 sebelum ini.

Katanya, mangsa bencana ribut pula mendapat kenaikan sehingga RM4,000.

“Kadar bencana ribut semasa adalah RM1,000 dan RM3,000 dinaikkan kepada RM2,000 dan RM4,000. Bencana kebakaran naik kepada RM2,000 dan RM5,000 sementara mangsa lain-lain bencana mendapat RM300 hingga RM500.

“Kerajaan negeri juga telah meluluskan peruntukan sebanyak RM9,125 bagi tujuan persiapan pusat pemindahan sementara (PPS) dan RM39,115 bagi kelengkapan dan peralatan di PPS.

“Bagi menjaga kebajikan mangsa banjir, kerajaan negeri telah menyalurkan bantuan berjumlah RM1.4 juta kepada 5,769 mangsa bencana,” katanya ketika sesi pertanyaan-pertanyaan lisan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan dikemukakan Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer (BN-Ayer Limau) mengenai kesiapsiagaan kerajaan negeri menghadapi bencana banjir.

Tambah Rahmad, kerajaan negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan agensi lain berkaitan sedang dan telah melaksanakan kerja-kerja pembinaan projek mitigasi banjir.

Katanya, projek berkenaan melibatkan 124 kawasan titik panas di seluruh Melaka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya