Mangsa terakhir dijumpai dalam beg tidur

Mangsa terakhir dijumpai dalam beg tidur

OPERASI SAR mangsa tragedi kejadian tanah runtuh di Father's Organic Farm berjaya menemukan mangsa terakhir iaitu seorang kanak-kanak lelaki selepas hari kesembilan usaha itu dijalankan 24 Disember lalu. - UTUSAN/ SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Mayat di dalam gulungan beg tidur yang ditemukan semasa operasi mencari dan menyelamat (SAR) dalam kejadian tanah runtuh di Father’s Organic Farm (FoF) disahkan mangsa terakhir tragedi tersebut iaitu kanak-kanak lelaki.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, mayat tersebut ditemukan terlungkup di dalam beg tidur dan ia berada empat meter daripada tapak perkhemahan serta 1.5 meter kedalaman di sektor A (Hillview).

Jelas beliau, operasi mengeluarkan mayat daripada kawasan lereng bukit itu dilakukan secara manual iaitu dengan menggunakan penyodok dan cangkul.

“Hasil pemeriksaan mendapati di dalam beg tidur tersebut terdapat satu mayat kanak-kanak yang dipercayai lelaki dan anggaran umurnya daripada tujuh ke 12 tahun.

“Keadaannya berpakaian lengkap dan tubuh masih sempurna tetapi sudah mula mereput. Setakat petang tadi mayat tersebut sudah dihantar ke hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat,” katanya semasa sidang akhbar, di sini hari ini.

Mangsa terakhir dipercayai merupakan Eng Shao Qi, 11, iaitu pelajar di Sekolah Kebangsaan Jenis Cina (SJKC) Mun Choong yang melakukan aktiviti perkhemahan bersama bapanya.

Penemuan mangsa itu menandakan daripada 92 mangsa yang terlibat semasa tragedi awal pagi 16 Disember itu, sebanyak 31 pengunjung terkoban.

Di sektor A sebanyak 19 mangsa, sektor B (Farm View) satu mangsa dan sektor C (Riverside) 10 mangsa.

Suffian selaku komander operasi bencana itu memaklumkan SAR masih diteruskan untuk kerja-kerja selanjutnya.

“Walaupun kita percaya mangsa semua sudah ditemui tetapi operasi SAR masih diteruskan bagi melaksanakan tindakan flushing dan siasatan di tempat kejadian.

“Kita jangkakan sekiranya tiada halangan atau perkembangan terbaru berkenaan SAR ni, dijangkakan mungkin besok akan kita beri keputusan,” jelasnya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Bomba Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail memaklumkan bahawa seorang pegawainya mendapat satu aliran cecair yang menimbulkan kecurigaan.

“Beliau mengesyaki ada sesuatu yang pelik seperti cecair mayat dan dia cuba menggali lalu mendapati terdapat bag tidur berada di situ ia dipercayai itu merupakan mangsa yang terakhir kita cari-cari selama ini,” katanya. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.