Lelaki parah ditetak, polis tahan tiga suspek

Lelaki parah ditetak, polis tahan tiga suspek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Polis menahan tiga suspek dipercayai terlibat dengan insiden pergaduhan melibatkan seorang mangsa ditetak dengan parang hingga mengalami kecederaan parah di Jalan Scientex Jaya, Taman Scientex, di sini.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan pada pukul 7.50 malam semalam daripada orang awam.

TOK BENG YEOW

Menurutnya, mangsa seorang lelaki berusia 27 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, bahu dan kedua-dua tangan telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini untuk rawatan.

“Berdasarkan maklumat, anggota polis berjaya mengesan kenderaan jenis Honda Accord berwarna putih yang dipandu seorang wanita berusia 23 tahun di sebuah stesen minyak di Taman Aman, Senai pada pukul 3.40 pagi, hari ini.

“Pemeriksaan dibuat mendapati terdapat sebilah parang di dalam kenderaan tersebut. Tidak lama kemudian sebuah lagi kereta jenis Honda Accord dipandu seorang lelaki berusia 23 tahun tiba, sebelum kedua-dua mereka ditahan polis.

“Hasil soal siasat dijalankan terhadap kedua-dua suspek, sepasukan pegawai dan anggota telah membuat serbuan di kawasan Senai sebelum berjaya menahan suspek ketiga, iaitu seorang lelaki berusia 34 tahun,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Siasatan awal mendapati mangsa tidak mempunyai hubungan kekeluargaan dengan suspek dan kejadian itu bermotifkan dendam.

“Kedua-dua suspek lelaki mempunyai rekod lampau bersabit kesalahan jenayah dan penyalahgunaan dadah.

“Polis turut merampas sebilah parang, dua kenderaan jenis Honda Accord, dua helai.baju kemeja T dan dua seluar jeans bagi membantu siasatan dijalankan.

“Ketiga-tiga suspek warga tempatan kini ditahan reman bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan, jika sabit kesalahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya