BN hilang jawatan exco kerajaan Negeri Sembilan

BN hilang jawatan exco kerajaan Negeri Sembilan

AMINUDDIN Harun pada sidang akhbar di Kediaman Rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan di Seremban hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebanyak empat kerusi exco kerajaan negeri yang kini disandang oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Barisan Nasional (BN) dianggap kosong selepas kesemua wakil rakyat tersebut menarik sokongan kepada kerajaan negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, beliau berpendapat jawatan tersebut kini dianggap mengalami kekosongan.

Katanya, isu samada jawatan itu akan dipangku oleh ADUN lain akan diputuskan kemudian.

“Kalau kita baca surat (menyatakan ADUN BN menarik sokongan kepada kerajaan negeri) bermakna mereka telah menarik diri.

“Bermakna ada empat kekosongan jawatan exco,” katanya pada sidang akhbar di kediaman rasmi Menteri Besar di sini petang tadi.

Pada masa ini, empat ADUN BN yang memegang jawatan exco dalam kerajaan negeri ialah ADUN Pertang, Datuk Seri Jalaluddin Alias yang diberi taraf exco kanan; ADUN Senaling, Datuk Ismail Lasim; ADUN Palong, Datuk Mustapha Nagoor dan ADUN Linggi, Datuk  Mohd. Faizal Ramli.

Sementara itu, Aminuddin memberitahu, beliau terkejut dengan tindakan semua ADUN UMNO tersebut menarik sokongan terhadapnya.

Jelasnya, mereka telah bertemu pada malam sebelum istiadat perasmian pembukaan Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri ke-15 pada Khamis lalu.

Beliau mendedahkan, dalam pertemuan itu, para ADUN berkenaan telah meminta supaya persidangan tersebut ditangguhkan.

“Cuma lepas perbincangan, kita bersetuju supaya perasmian berjalan dan mesyuarat ditangguhkan,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN