Kuih boko 'laku keras'

Kuih boko ‘laku keras’

NOR Aishah Jaafar bersama kuih boko ubi kayu yang dihasilkan di rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gua Musang, Kelantan.UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seorang suri rumah tidak ‘menang tangan’ melayan pelanggan yang datang membeli  kuih  boko yang diusahakannya sejak setahun lalu bagi membantu menjana pendapatan keluarga.

Tindakan berani Nor Aishah Jaafar, 36, dari Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gua Musang di sini, membuahkan hasil apabila dia tidak ‘menang’ tangan untuk menghasilkan kuih tradisional selepas mendapat permintaan tinggi daripada orang ramai.

“Idea menjual boko ubi kayu ini tercetus selepas  melihat penghasilan kuih tradisional ini tidak meluas di Gua Musang.

“Setiap hari permintaan terhadap hidangan manis itu sentiasa meningkat selepas saya mempromosikan juadah itu di media sosial seperti Facebook dan WhatsApp,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Nor Aishah, memberitahu, dia menghasilkan dua jenis boko ubi kayu iaitu perasa gula melaka dan pandan.

Katanya, dia mula menjual kuih boko ubi kayu sejak setahun lalu selepas menyertai kelas kuih tradisional secara dalam talian.

“Alhamdulillah setiap hari saya menghasilkan kira-kira 10 kilogram kuih berkenaan dan permintaan makin bertambah setiap kali hujung minggu dan cuti umum.

“Selain itu, saya turut menghasilkan kuih-muih tradisional lain seperti tepung pelita, kuih lopes dan puding cendol gula melaka,” ujarnya.

Nor Aishah berkata, kuih boko ubi kayu itu dijual pada harga RM4 untuk satu bekas.

NOR Aishah Jaafar bersama kuih boko ubi kayu yang dihasilkan di rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gua Musang, Kelantan. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya