Ketokohan Mohd. Na'im mampu bawa hala tuju agensi agama - JKSM

Ketokohan Mohd. Na’im mampu bawa hala tuju agensi agama – JKSM

MOHD. NA'IM MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) yakin dan percaya dengan latar belakang, pengetahuan, kredibiliti dan ketokohan Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar sebagai Menteri Agama.

JKSM menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, Mohd Na’im cukup berkompetensi, istiqomah dan berintegriti tinggi dalam pengurusan dan pengendalian kes di mahkamah, malah mampu membawa hala tuju agensi agama ke arah pengislahan pentadbiran hal ehwal agama Islam di Malaysia.

Menurutnya, pelantikan itu juga selaras semangat Kerajaan Perpaduan yang berpaksikan kepada Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan berhubung kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

“Seluruh barisan pengurusan dan warga JKSM dengan penuh takzimnya mengucapkan selamat maju jaya kepada Mohd Na’im.

“Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat kepada Menteri dan dikurniakan kekuatan untuk menjalankan amanah ini dengan cemerlang,” katanya.

Mohd Na’im yang juga bekas Ketua Hakim Syarie dan Ketua Pengarah JKSM dilantik sebagai Menteri Agama di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya