Kahwin jutawan? Erra sudah lali dengan gosip begini - Pengurus - Utusan Malaysia

Kahwin jutawan? Erra sudah lali dengan gosip begini – Pengurus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Erra Fazira enggan melayan dakwaan yang mengatakan kononnya dia telah mendirkan rumah tangga dengan seorang jutawan seperti tular di media sosial, baru-baru ini.

Menurut pengurusnya, Firdaus Faizal, Erra memilih untuk berdiam diri dan tidak menjawab segala spekulasi kerana enggan memperbesarkan perkara tidak benar.

“Erra sudah lali dengan dakwaan sebegini, justeru dia memilih untuk tidak melayan cerita tidak benar tentangnya.

“Gambar yang tular itu hanya sedutan yang diambil daripada sebuah filem. Jadi, dia tidak hairan tentang gosip itu,” kata Firdaus kepada Utusan Malaysia.

Baru-baru ini, tular perkongsian sebuah akaun Facebook mendakwa primadona filem Melayu itu telah mendirikan rumah tangga dengan seorang jutawan.

Dalam pada itu Firdaus memaklumkan, Erra tidak merancang untuk mengambil tindakan terhadap penyebar cerita palsu tersebut, sebaliknya lebih selesa tidak memperbesarkan perkara itu.

“Buat masa ini tidak ada sebarang tindakan diambil,” tambah Firdaus.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya