JPA wajar benar lebih ramai kakitangan awam hadir mesyuarat kesatuan - Utusan Malaysia

JPA wajar benar lebih ramai kakitangan awam hadir mesyuarat kesatuan

JPA
ADNAN Mat pada sidang akhbar selepas diumumkan pemenang jawatan Presiden Cuepacs 2022-2025 dalam Konvensyen Cuepacs Tritahunan Ke-29 di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) digesa bersikap terbuka untuk memberi pelepasan lebih ramai kakitangan awam dalam pelbagai sektor atau bidang untuk menghadiri mesyuarat kesatuan masing-masing.

Alasan diberikan JPA yang menjadi halangan iaitu apabila terdapat mana-mana kesatuan di bawah Cuepacs tidak berdaftar dengan jabatan tersebut untuk dimasukkan dalam Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS).

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (Cuepacs) , Datuk Adnan Mat berkata, alasan tersebut tidak wajar menjadi halangan kepada kakitangan awam untuk menyertai mesyuarat kesatuan masing masing kerana sudah pun berdaftar dengan Jabatan Ehwal Kesatuan Sekerja.

“Apabila kami semak adalah perkara amat janggal dengan tidak mendapat pelepasan daripada ketua-ketua perkhidmatan kerana tiada nama kesatuan dalam HRMIS.

“Justeru, kami mendesak kerana perkara ini boleh dilaksanakan menerusi sesi libat urus kerajaan kepada kerajaan (G2G) daripada Jabatan Ehwal Kesatuan Sekerja Kementerian Sumber Manusia kepada JPA untuk didaftarkan dibawah HRMIS,” katanya kepada pemberita pada Konvensyen Cuepacs Ke-29, hari ini.

Jelasnya lagi, segala usul yang diluluskan dalam konvesyen tersebut akan dibawa kepada pihak kerajaan untuk tindakan selanjutnya.

Ketika ditanya mengenai harapan Bajet Mini yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim nanti, Adnan menjelaskan agar mengekalkan pengumuman oleh kerajaan terdahulu atau membuat penambahbaikan khususnya untuk penjawat awam.

“Harapan kami sangat tinggi terhadap satu pengumuman yang dibuat kerajaan sebelum ini. Harapan kami jika tiada pengumuman baharu, kekalkan pengumuman lama.

“Jika ada pengumuman baharu dibuat (untuk penjawat awam), adakan penambahbaikkan dan tambahan buat bahagian tertentu dalam perkhidmatan awam,”  ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya