Johor mohon dana tambahan percepat ganti paip usang

Sidang DUN Johor: Johor mohon dana tambahan percepat ganti paip usang

MOHAMAD Fazli Salleh ditemui pemberita di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri meminta dana tambahan menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi mempercepatkan kerja menggantikan paip air yang usang sepanjang 6,000 kilometer (km) di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohamad Fazli Salleh berkata, ini kerana paip lama yang diperbuat daripada simen itu berisiko untuk pecah akibat tekanan yang tinggi atau kesan kerja mengorek tanah yang dilakukan.

Beliau berkata, setakat ini kerajaan negeri menerima peruntukan sebanyak RM280 juta yang membolehkan pihak Ranhill SAJ menukar paip lama sepanjang 234 km setahun.

“Paip lama yang berusia 30 hingga 40 tahun itu berisiko untuk pecah selain ia tertanam hampir sedalam lapan meter, sukar untuk dikesan ketika melakukan utiliti ‘mapping’.

“Oleh itu, kita memohon kepada SPAN untuk mendapat dana yang lebih bagi membolehkan kita mempercepatkan proses menukar paip lama ini dalam masa kurang 10 tahun,” katanya ditemui semasa selepas menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Kejadian paip air pecah yang berlaku di Bandar Seri Alam, Pasti Gudang pada Oktober lalu antara contoh paip lama yang gagal dikesan ketika melakukan kerja pembaikan.

Mohamad Fazli yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Pasir berkata, daripada sepanjang 26,000 km saliran paip di negeri ini, 20,000 daripadanya sudah diganti atau dipasang baharu dalam memastikan air bersih dapat disalurkan kepada pengguna.

Pihak Ranhill SAJ kini dalam proses menggantikan paip lama itu atau membuat projek baharu membabitkan baki 6,000 km paip yang dikenal pasti.

Selain membaik pulih atau menggantikan paip lama itu, pihak Ranhill SAJ perlu memikirkan kaedah prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dilakukan bagi memastikan tidak berlaku masalah terjejas bekalan air ketika kerja-kerja itu dilakukan.

“Sebagai contoh, pihak Ranhill SAJ boleh mẹmbuat ‘interconnection’ antara paip baharu dan paip lama. Sekiranya berlaku kebocoran, kita masih boleh membuat pengasingan dan memastikan bekalan air dapat disalurkan dari saliran paip yang lain.

“Bagi menghadapi kemungkinan mengalami kebocoran paip, kita sudah bersedia menyalurkan air bersih menggunakan 28 buah lori tangki selain menggunakan aset dari Melaka dan Negeri Sembilan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya