Jenayah rogol remaja bawah umur di Pulau Pinang membimbangkan - Utusan Malaysia

Jenayah rogol remaja bawah umur di Pulau Pinang membimbangkan

MOHD. SHUHAILY Mohd. Zain (dua dari kanan) ketika menjadi ahli panel pada program 'townhall' anjuran PDRM Pulau Pinang yang membincangkan tentang 'Remaja dan Jenayah : Isu dan Cabaran' di Dewan Budaya, USM, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Jenayah rogol terutama melibatkan remaja bawah umur di Pulau Pinang ketika ini disifatkan agak membimbangkan memandangkan kebanyakan kes melibatkan individu yang dikenali mangsa.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, berdasarkan statistik, kejadian jenayah rogol yang dilaporkan dari Julai 2021 hingga November tahun ini sebanyak 96 kes.

”Tangkapan melibatkan juvana adalah seramai 77 orang dan jenayah rogol dalam kalangan remaja di bawah umur adalah membimbangkan.

”Jenayah rogol ini juga kita dapati kebanyakkannya dilakukan oleh suspek yang dikenali mangsa yang mana secara tidak langsung ia memberi gambaran faktor seks bebas ini terlalu berleluasa dalam kalangan mereka yang dibawah umur pada masa ini,” katanya dalam sidang akhbar di Dewan Budaya di Universiti Sains Malaysia (USM), di sini hari ini.

Terdahulu, Mohd. Shuhaily menjadi panel program ‘townhall’ anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang yang membincangkan tentang ‘Remaja dan Jenayah : Isu dan Cabaran’.

Yang turut menjadi ahli panel pada program itu ialah pakar motivasi, Mohamed Hanafiah Malek; Prof Madya Dr. Abdul Rashid Mohamad
dari Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa USM serta Datuk Dr. P. Sudramoothy selaku moderator program itu.

Menurut Mohd. Shuhaily, demografi yang terlibat dengan jenayah rogol itu juga menunjukkan mereka terdiri daripada remaja daripada kelompok B40.

”Apa yang kita bimbangkan ialah bagaimana dengan nasib mangsa, stigma masyarakat dan apa jalan penyelesaian kepada isu ini.

”Kita bimbang apabila remaja yang terlibat menjadikan hal ini satu perkara yang biasa bagi mereka dan lama-lama mereka bangga dengan jumlah lelaki yang mereka kenali pula,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Shuhaily berkata, secara keseluruhannya statistik jenayah terutama melibatkan juvana di Pulau Pinang agak membimbangkan dengan seramai 1,251 orang ditahan sejak Julai tahun lalu hingga November tahun ini.

Katanya, mereka yang ditahan berusia 10 hingga 19 tahun dan terdiri daripada 86 peratus lelaki iaitu 1,078 orang manakala selebihnya perempuan.

”Statistik pelaku jenayah yang ditahan di dalam lokap adalah seramai 392 orang terdiri daripada 377 (96 peratus) dan 15 (empat peratus),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya