Panjat bumbung rumah jiran sementara menunggu diselamatkan bomba

Panjat bumbung rumah jiran sementara menunggu diselamatkan bomba

SEORANG anggota bomba (kiri) cuba menyelamatkan tiga daripada empat orang mangsa yang terperangkap dalam satu kebakaran di Taman Bukit Minyak, Bukit Mertajam, Pulau Pinang hari ini.-IHSAN JBPM PULAU PINANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM : Empat sekeluarga berdepan detik-detik mencemaskan apabila terpaksa memanjat bumbung rumah jiran mereka sementara menunggu kedatangan bomba selepas terperangkap dalam satu kebakaran di tingkat atas sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Bukit Minyak di sini, hari ini.

Keempat-empat mereka yang terdiri daripada pasangan suami isteri masing-masing berusia 41 dan 39 tahun, anak perempuan mereka berusia empat tahun serta seorang warga emas berusia 68 tahun yang dipercayai nenek kepada kanak-kanak perempuan itu bagaimanapun selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan susulan kebakaran tersebut.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya sebelum itu menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut kira-kira pukul 7.43 pagi sebelum bergegas ke lokasi.

Katanya, kebakaran yang menyebabkan sebuah kereta jenis Honda City dan sebuah motosikal jenis ADV 160 rosak itu dipercayai bermula di tingkat bawah dengan anggaran keseluruhan kemusnahan sebanyak 30 peratus.

“Api berjaya dipadamkan kira-kira pukul 8.33 pagi sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 9.05 pagi,” katanya yang memberitahu, kes seterusnya diserahkan kepada pasukan penyiasat untuk tindakan lanjut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN