Jangan guna undang-undang secara terpilih - Wan Saiful

Jangan guna undang-undang secara terpilih – Wan Saiful

WAN SAIFUL WAN JAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa supaya tidak melaksanakan undang-undang secara terpilih terhadap mana-mana pihak termasuk kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, Anwar seharusnya berani dan bersedia menjelaskan persoalan-persoalan yang ditimbulkan, bukan mengugut tindakan guaman bagi melenyapkan semua kritikan.

“Kenapa sejak menjadi Perdana Menteri, Anwar sangat nipis telinga dan tak boleh terima kritikan? Adakah Anwar mahu menjadi diktator yang tidak boleh dipersoal?” katanya dalam kenyataan.

Katanya, beliau berharap Anwar  mengambil tindakan guaman serupa kepada yang lain-lain juga seperti Lokman Nor Adam dan oleh Agensia Nova dari luar negara.

“Dengan berbuat demikian barulah Anwar boleh dilihat serius mempertahankan nama baiknya dan institusi Perdana Menteri dan bukan berterusan mempergunakan sistem perundangan secara selektif untuk bermain politik atau mengugut pengkritik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN