Imigresen nafi PATI di depot tahanan ditindas

Imigresen nafi PATI di depot tahanan ditindas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menafikan wujud penindasan terhadap tahanan di Depot Imigresen di negeri ini seperti ditularkan dalam laman media sosial.

Pengarah Imigresen Sabah, Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yusoff berkata, tiada sebarang penindasan atau layanan tidak baik diberikan terutama dari segi pemberian bekalan makanan dan perubatan seperti didakwa oleh tahanan dalam rakaman video 90 saat.

Untuk makluman, penahanan dan pengurusan tahanan adalah selaras dengan peruntukan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen (Pentadbiran & Pengurusan Depot Imigresen) 2003.

Maka, semua pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan mendapat layanan dan pengurusan yang sewajarnya, baik dari segi bekalan makanan mahupun rawatan perubatan.

“Berdasarkan kepada rakaman video tular didapati keadaan fizikal tahanan telah dieksploitasikan oleh pihak tertentu.

“Perlu dimaklumkan bahawa sebahagian besar tahanan di depot tersebut terlibat dalam aktiviti tidak sihat dan telah selesai menjalani hukuman berdasarkan peruntukan undang-undang negara ini.
“Setelah tamat menjalani hukuman, tahanan-tahanan itu kemudian diserahkan kepada JIM Sabah bagi tujuan penghantaran pulang ke negara asal.

“Walau bagaimanapun, proses penghantaran pulang ini hanya akan dapat dilakukan setelah mendapat pengesahan daripada pihak kedutaan negara masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, proses penghantaran pulang tahanan hanya bermula pada 6 September lalu disebabkan faktor penutupan pintu masuk di Filipina terutama Pelabuhan Zamboanga akibat pandemik Covid-19.

Tambah beliau, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan menyebarkan apa-apa juga bahan di mana-mana platform bagi mengelakkan sebarang spekulasi dan provokasi sehingga menjejaskan tugas-tugas JIM Sabah serta menggugat ketenteraman awam. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya