Henti sementara melancong ke Thailand - Utusan Malaysia

Henti sementara melancong ke Thailand

TENTERA Thailand memindahkan mangsa banjir di perkampungan Lampu dekat Narathiwat semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Orang ramai yang berhasrat untuk melancong ke Thailand dinasihat membatalkannya ekoran bencana banjir buruk yang melanda beberapa wilayah di negara itu ketika ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Mohd. Firdaus Ahmad berkata, laporan daripada jabatan bencana di negara tersebut mencatatkan lapan daerah terutama di selatan Thailand termasuk Songkhla terjejas akibat banjir sehingga mengorbankan nyawa penduduk.

“Mereka yang ingin melancong ke Thailand, pertimbangkan semula rancangan itu. Pilihlah destinasi lain di dalam negeri termasuk,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Media Thailand melaporkan, hujan berterusan mengakibatkan bandar pelancongan negara itu yang menjadi tumpuan pelancong Malaysia termasuk Hatyai terjejas apabila dinaiki air.

Banjir juga mengakibatkan landasan kereta api di selatan Thailand dari Bangkok ke Hatyai terjejas dan terpaksa dihentikan sementara.

Sementara itu, Mohd. Firdaus turut menasihatkan orang ramai agar berhati-hati memilih lokasi percutian dalam negeri masing-masing termasuk menjauhi kawasan yang berisiko terjejas akibat bencana alam seperti banjir, kepala air dan tanah runtuh.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Kedah, Muhammad Khalil Abd. Aziz berkata, seluruh negeri ini akan dilanda hujan berterusan sehingga hujung minggu ini.

“Amaran hujan lebat berterusan berkuat kuasa sehingga 21 Disember ini bagi daerah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Sik, dan Baling,” katanya.

Dalam pada itu di Perlis, Pengerusi Jawatankuasa Hubungan dan Kerjasama Sempadan negeri itu, Izizam Ibrahim berkata, tiada rakyat Malaysia yang bercuti di negara jiran dilaporkan terkandas berikutan banjir yang melanda wilayah Songkhla, Thailand termasuk Hatyai.

Beliau berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan buat masa ini berhubung mana-mana rakyat Malaysia yang terkandas disebabkan kejadian banjir itu.

Katanya, hal demikian kerana terdapat laluan alternatif boleh digunakan untuk keluar dari kawasan berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya