Gangguan bekalan air di Selangor: Lebih 80 peratus kawasan pulih - Utusan Malaysia

Gangguan bekalan air di Selangor: Lebih 80 peratus kawasan pulih

Paip pecah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sekurang-kurangnya 86 peratus kawasan di empat daerah di Selangor mulai pulih daripada gangguan bekalan air tidak berjadual sejak pukul 12 tengah hari, hari ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dalam satu maklumannya memberitahu bagaimanapun bekalan air di Kuala Langat dan Putrajaya sudah pulih sepenuhnya.

“Manakala untuk tiga daerah pula, pemulihan bekalan air adalah 95 peratus bagi daerah Sepang, 91 peratus bagi daerah Hulu Langat dan 71 peratus bagi daerah Petaling. 

“Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis,” katanya.

Dalam kenyataan sama, Air Selangor menyarankan pengguna yang tinggal di kawasan terkesan supaya menjimatkan penggunaan air sehingga bekalan pulih sepenuhnya.

Terdahulu, siasatan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengesahkan pati minyak wangi menjadi punca henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi, selepas lori pembawa bahan berkenaan terbabit dalam kemalangan di Kilometer 44.1 arah utara, Lebuhraya Elite berdekatan Bandar Serenia iaitu sekitar enam kilometer dari sempadan Selangor.

Jarak lokasi kemalangan ini ke LRA Sungai Semenyih adalah sekitar 6.4 kilometer dan ke LRA Bukit Tampoi sekitar 18 kilometer.

Oleh demikian, pencemaran bau dikesan berlaku di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir dan memaksa henti tugas di LRA Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi.

Insiden berkenaan menyebabkan lebih sejuta penduduk di 472 kawasan sekitar Selangor dan Putrajaya terjejas dengan gangguan bekalan air tidak berjadual.

Bagaimanapun, Air Selangor semalam memberitahu, gangguan dijangka pulih sepenuhnya pada pagi esok apabila bekalan aie kembali disalur secara berperingkat selepas LRA Sungai Semenyih kembali beroperasi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya