Filem Avatar cetus kemarahan Orang Asli New Zealand

Filem Avatar cetus kemarahan Orang Asli New Zealand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CALIFORNIA: Kemunculan sekuel filem Avatar: The Way of Water mencetuskan kemarahan Orang Asli di New Zealand yang mengkritik naskhah tersebut hanya menumpang glamor semata-mata.

The Washington Post melaporkan, mereka berang kerana filem arahan James Cameron itu sebenarnya mengangkat isu penjajahan dan gambaran perkauman serta budaya yang salah.

Pengkritik, Cheney Poole, 27, berkata, adegan yang memerangkap filem ini muncul ketika penggambaran Na’vi iaitu spesies asing yang diilhamkan daripada beberapa suku Orang Asli di seluruh dunia.

Katanya, puak Na’vi yang menjadi keseluruhan watak utama dalam filem ini banyak dipengaruhi dari suku Maori iaitu Orang Asli Polinesia di New Zealand.

Poole yang berasal dari Christchurch, New Zealand menyifatkan penggambaran filem itu hanya menunjukkan satu lagi contoh untuk memuliakan perbuatan menjajah.

“Filem ini cuba meromantikkan idea tentang apa yang dialami oleh suku Maori dan kebanyakan budaya Orang Asli di seluruh dunia, bahkan menghina penderitaan yang dilalui mereka,” tegasnya.

Cameron menggelarkan filem ini sebagai Avatar kerana ia merupakan sebuah fiksyen sains yang menceritakan semula sejarah Amerika Utara dan Selatan ketika zaman penjajahan awal.

Menerusi temu bual dengan Unilad, baru-baru ini, dia mengambil berat respons Orang Asli New Zealand dan berusaha membuat penambahbaikan menerusi filem seterusnya.

Filem Avatar pertama diterbitkan pada 2009 dengan teknologi 3D dan visual yang menakjubkan sehingga berjaya menjadi filem yang mencatat kutipan tertinggi sepanjang masa.

Selepas 13 tahun, filem yang menelan kos lebih AS$350 juta (RM1.5 bilion) itu mencipta kejayaan memberangsangkan dengan rekod kutipan AS$175 juta (RM775 juta) pada hari pertama ditayangkan, 14 Disember lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya