DUN Sabah lulus Belanjawan RM5.138 bilion

DUN Sabah lulus Belanjawan RM5.138 bilion

HAJIJI NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan Belanjawan Negeri 2023 berjumlah RM5.138 bilion selepas perbahasan selama empat hari bermula Isnin.

Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim M.Yahya meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2022 (2023) selepas memperoleh sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang terlibat dalam perbahasan sepanjang tempoh berkenaan.

Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan Negeri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, belanjawan RM5.138 bilion itu akan diagihkan kepada 12 kementerian dengan peruntukan terbesar kepada Kementerian Kewangan Negeri iaitu RM2.16 bilion.

Belanjawan bertemakan ‘Ekonomi Diperkasa, Rakyat Sejahtera’ itu adalah belanjawan lebihan sebanyak R130.47 juta dengan anggaran kutipan hasil berjumlah RM5.268 bilion.

Menurut beliau, bagi peruntukan pembangunan di negeri di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12), sejumlah RM4.2 bilion diagihkan selama tempoh lima tahun dan siling peruntukan itu ditentukan berdasarkan kemampuan kewangan negeri dan kebolehlaksanaan projek.

Pada tahun depan, sejumlah RM788.94 juta diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Negeri dan RM607.67 juta anggaran kerajaan negeri bagi keperluan pembangunan dalam bentuk pembiayaan pinjaman dan imbuhan balik persekutuan.

Mengulas lanjut katanya, agihan peruntukan sebenar persekutuan pula hanya akan diketahui selepas pembentangan Bajet 2023 oleh kerajaan Persekutuan yang baharu.

Dalam pada itu, DUN Sabah turut meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Perbekalan 2022 (2023) bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan pada 2023.

Menerusi RUU itu, pengeluaran wang sejumlah RM4.91 bilion dibenarkan bagi tujuan perbelanjaan biasa pada tahun depan.

Jumlah wang yang diperuntukkan itu termasuk perbelanjaan untuk Yang Di-Pertua Negeri berjumlah RM7.52 juta, Jabatan Ketua Menteri berjumlah RM152.05 juta, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri berjumlah RM95.83 juta dan Kementerian Kewangan berjumlah RM20.07 juta.

DUN Sabah turut meluluskan Rang Undang-Undang berkaitan Enakmen Kumpulan Wang Amanah Kerajaan (Pindaan) 2022 dan Enakmen Langkah-Langkah Sementara bagi mengurangkan kesan penyakit koronavirus 2019 (Pindaan) 2022.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya