WASHINGTON: Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) pada Isnin memutuskan bahawa perlindungan daripada pemecatan bagi ahli-ahli Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan (FTC) adalah tidak sah di sisi perlembagaan AS. Ia sekali gus membatalkan keputusan berusia 90 tahun yang membenarkan Kongres AS melindungi ahli-ahli agensi bebas tertentu daripada dipecat oleh presiden sesuka hati. Keputusan mahkamah tertinggi itu memperluas kuasa presiden ke atas banyak lembaga dan suruhanjaya bebas yang sebelum ini dilindungi oleh Kongres AS…










