Bayaran interim khas Sarawak lulus dalam masa terdekat

Bayaran interim khas Sarawak lulus dalam masa terdekat

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan Sarawak layak menerima bayaran interim khas seperti dinikmati kerajaan Sabah selari persefahaman dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bayaran interim khas itu akan diluluskan secepat mungkin setelah rundingan diadakan di antara ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak disusuli Jawatankuasa Teknikal MA63 dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, proses rundingan bagi pemberian interim khas kepada kerajaan Sarawak juga kini sedang dilakukan bersama Premier Tan Sri Abang Johari Abang Openg.

“Kadar interim Sabah memang tinggi berdasarkan persefahaman dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Kita masih meneruskan rundingan dengan Sarawak dan dalam perundingan terkini dengan Premier Tan Sri Abang Johari Abang Openg di Bintulu, Kuching.

“Memang kita tidak umumkan (hasil rundingan) kerana mahu memberi tumpuan kepada RM1.8 bilion yang julung kalinya diberikan kepada Kerajaan Persekutuan.

“Saya telah memberi jaminan rundingan diteruskan dan memang wajar diberikan peningkatan berdasarkan perjanjian MA63. Ini akan diluluskan secepat mungkin dalam masa secepat mungkin dan rundingan telah diadakan diantara ketua Setiausaha Perbendaharaan dan setiausaha kerajaan negeri Sarawak ,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Doris Sophia Brodi (GPS-Sri Aman) sama ada kerajaan Sarawak layak menerima bayaran interim khas seperti dinikmati kerajaan Sabah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN