UPKO kemuka permohonan sertai GRS

UPKO kemuka permohonan sertai GRS

Ewon menyampaikan surat permohonan menyertai GRS kepada Hajiji - ihsan UPKO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) hari ini mengemukakan permohonan untuk menjadi parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick mengetuai delegasi parti tersebut mengada pertemuan dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor yang juga merupakan Pengerusi GRS dan seterusnya menyampaikan permohonan tersebut.

Ewon menyatakan, UPKO mahu menyumbang kepada penyatuan dan kerjasama parti tempatan bagi memperkukuh usaha membangunkan masa depan Sabah serta memperjuangkan hak dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

“Wawasan Sabah First yang diperjuangkan oleh UPKO adalah bersesuaian dengan perjuangan GRS melalui Halatuju Sabah Maju Jaya 2.0 yang mesti diperkukuh melalui kerjasama lebih erat dan penyatuan parti-parti tempatan Sabah,” katanya.

Ewon menyatakan mesyuarat Majlis Tertinggi UPKO pada 25 Mei lepas sebulat suara bersetuju memohon menjadi parti komponen GRS. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN