Dua warga Myanmar guna dokumen palsu ditahan

Dua warga Myanmar guna dokumen palsu ditahan

SEBAHAGIAN daripada warganegara asing yang ditahan dalam Op Saman Warganegara Asing di Dungun, Terengganu, semalam. - FOTO/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Padah menggunakan dokumen palsu, dua lelaki warga Myanmar ditahan pihak berkuasa dalam satu operasi khas di bandar ini, semalam.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, lelaki berusia 21 dan 22 tahun itu ditahan dalam Op Saman Warganegara Asing yang dilaksanakan bersama Jabatan Imigresen bagi mengesan warga asing yang melakukan kesalahan jalan raya. 

“Ketika diperiksa, dua lelaki tersebut menunjukkan kad pelarian kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNCHR) yang telah tamat tempoh. 

“Pemeriksaan lanjut juga mendapati, permit yang digunakan bagi tujuan pembaharuan kad pelarian itu disyaki palsu,” katanya kepada pemberita semalam. 

Baharudin berkata, kedua-dua lelaki itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun sebelum diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, dalam operasi selama empat jam yang bermula pukul 8 pagi, sebanyak 21 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik termasuk menunggang dan memandu kereta tanpa lesen serta tidak mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan. 

“Kita turut menyita dua buah kereta serta sembilan buah motosikal yang digunakan warga asing yang didaftarkan atas nama penduduk tempatan,” katanya. 

Baharudin turut menasihatkan orang ramai agar tidak menjual kenderaan mereka kepada warganegara asing bagi tujuan mengaut keuntungan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya