Bomba pantau keselamatan, air Sungai Golok lepasi paras bahaya

Bomba pantau keselamatan, air Sungai Golok lepasi paras bahaya

AHMAD Nazarudin Mat Husin (kiri) meninjau paras air banjir di Kampung Tersang, Rantau Panjang, Kelantan, hari ini. - FOTO/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Rantau Panjang ‘ligat’ memantau keselamatan penduduk susulan air Sungai Golok sudah melepasi paras amaran iaitu 9.3 meter hari ini.

Limpahan air Sungai Golok itu menyaksikan dua buah kampung iaitu Kampung Gua Tok Deh dan Banggol Perol sudah ditenggelami banjir.

Susulan itu penduduk di dua buah kampung itu telah ditempatkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh.

Penyelia Pasukan Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Ahmad Nazarudin Mat Hussin berkata, pihaknya akan terus melakukan pemantauan dari masa ke masa untuk melihat tren terkini paras air Sungai Golok.

“Orang ramai terutamanya penduduk Rantau Panjang dinasihatkan agar membuat persiapan awal dan berpindah segera jika paras air semakin meningkat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Seorang mangsa banjir dari Kampung Gual Tok Deh, Zainuri Sukini, 42, berkata, bahagian dalam rumahnya dinaiki air setinggi 0.1 meter manakala di luar rumah pula 5 meter.

“Saya sudah berpindah ke PPS sebanyak dua kali pada musim tengkujuh hujung tahun ini. Meskipun paras banjir masih rendah, saya mengambil keputusan untuk berpindah awal.

“Semua dokumen penting sudah disimpan ditempat selamat,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN