Bilionair China dijel 30 tahun kerana menipu - Utusan Malaysia

Bilionair China dijel 30 tahun kerana menipu

GUO Wengui didapati bersalah menipu ribuan orang. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Usahawan China dalam buangan, Guo Wengui, yang disabitkan bersalah kerana menipu ribuan orang membabitkan lebih AS$1 bilion (RM4 bilion) dijatuhi hukuman penjara 30 tahun oleh sebuah mahkamah persekutuan di New York pada Isnin, menurut media Amerika Syarikat (AS).

Pada Julai 2024, juri sebulat suara mendapati beliau bersalah atas pertuduhan penipuan, pelbagai kesalahan berkaitan sekuriti, penipuan melalui komunikasi elektronik  dan pengubahan wang haram.

Turut dikenali sebagai Ho Wan Kwok dan Miles Guo, beliau didakwa menggunakan pengaruhnya di internet sejak 2018 untuk meyakinkan ribuan orang supaya melabur dalam syarikat atau projeknya yang menjanjikan pulangan lumayan atau perkhidmatan mewah.

Namun, menurut pihak berkuasa Amerika, dana itu sebahagian besarnya digunakan bagi membiayai gaya hidup mewahnya.

Cilionair yang berusia sekitar 50-an itu ditahan oleh Biro Penyiasatan Pusat (FBI) pada Mac 2023 di apartmen mewahnya di Manhattan yang menghadap Central Park.

Bekas sekutunya, Yvette Wang, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun tahun lalu kerana peranannya dalam skim tersebut.

Wengui, yang mengumpul kekayaan melalui sektor hartanah, berpindah ke AS pada 2015 selepas meninggalkan China. Beliau ketika itu diburu menerusi Notis Merah Interpol atas tuduhan penipuan kewangan tetapi  beliau menafikan dakwaan tersebut.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN