Bekalan telur di Johor tidak kritikal, penuhi permintaan eksport

Sidang DUN Johor: Bekalan telur di Johor tidak kritikal, penuhi permintaan eksport

ZAHARI SARIP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Masalah kekurangan bekalan telur ayam di negeri ini bukan pada tahap kritikal.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri, Datuk Zahari Sarip berkata, sebaliknya kekurangan bekalan itu berlaku ekoran peningkatan permintaan termasuk bagi memenuhi  eksport ke Singapura, Melaka dan Negeri Sembilan.

“Isu telur, Johor sebenarnya tidak menghadapi kekurangan kritikal, bekalan memang kurang tetapi tidak kritikal sebab Johor merupakan antara pengeluar telur besar juga (dalam negara).

“Cuma kita maklum kebanyakan dieksport ke Singapura dan negeri lain seperti Melaka dan Negeri Sembilan, sebab itu nampak kekurangan, tetapi daripada segi pengeluaran tidaklah berkurangan, cuma permintaan lebih sebab perlu penuhi eksport,” katanya semasa Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Walau bagaimanapun, Zahari memaklumkan, kerajaan negeri tidak berdepan masalah bekalan makanan melibatkan hasil laut dan tanaman walaupun berdepan musim tengkujuh bermula November lalu.

Katanya, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan persatuan usahawan tani memaklumkan bekalan mencukupi walaupun berlaku pengurangan kutipan hasil, khususnya akibat musim tengkujuh bulan lalu.

“Berdasarkan maklumat, memang terdapat kekurangan pendaratan ikan disebabkan beberapa faktor seperti nelayan kurang turun ke laut, tetapi mengikut rekod permintaan musim tengkujuh lalu, bekalan sedia ada mencukupi.

“Situasi sama turut melibatkan hasil pertanian seperti sayur-sayuran, dengan ada beberapa kawasan penanaman terjejas akibat hujan lebat namun tidak menjejaskan permintaan bekalan ketika ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, Zahari memberitahu beliau sedang mengatur pertemuan dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu bagi membincangkan isu-isu berkaitan pertanian di negeri ini.

“Johor juga perlu kerjasama pusat bagi menjayakan pelbagai inisiatif yang telah dirancang seperti agenda makanan Johor dan lembah lada hitam.

“Jadi, kami berharap pertemuan itu dapat digunakan sebaiknya untuk kesejahteraan dan keterjaminan bekalan makanan bukan sahaja untuk Johor, tetapi juga Malaysia,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya