Dua suspek bunuh OKU lembam disambung reman enam hari

Dua suspek bunuh OKU lembam disambung reman enam hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Dua lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan seorang pemuda orang kurang upaya (OKU) lembam di Ladang Merdeka Cherbu, Padang Lati dekat Bachok, bulan lalu disambung reman enam hari lagi.

Perintah lanjutan reman terhadap kedua-dua suspek berusia 25 tahun sehingga Rabu depan itu dibenarkan oleh Majistret Fakhrul Razzi Abd. Hamid.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintenden Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, lanjutan reman itu bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan kes tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Kedua-dua suspek sebelum ini ditahan reman  enam hari sehingga hari ini. Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya pada minggu depan bagi keputusan pendakwaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada 15 April lalu, seorang lelaki OKU lembam dilaporkan maut selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dipercayai akibat dipukul dalam kejadian di Ladang Merdeka Cherbu.

Muhammad Zakir Fikry Mohd. Zainal, 20, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), Kubang Kerian, dekat sini selepas bertarung nyawa lebih 17 jam.

Sebelum itu, dia ditemukan terbaring oleh penduduk kampung dengan berlumuran darah di bahagian muka dalam keadaan masih bernyawa di kawasan kejadian pada pukul 7.30 pagi, sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN