Bakal Menteri Kewangan perlu bijak gerakkan ekonomi

Bakal Menteri Kewangan perlu bijak gerakkan ekonomi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Kewangan perlu dilantik bukan sahaja dalam kalangan mereka berpengalaman luas dalam ekonomi, tetapi mempunyai pengetahuan melangkaui bidang perakaunan dan kewangan.

Penganalisis ekonomi daripada Pusat Pendidikan Pasaran, Carmelo Ferlito berkata, hal ini kerana perkara itu tidak berlaku sewaktu pelantikan dua Menteri Kewangan pada sebelum ini.

Katanya, negara berdepan laluan sukar dan mencabar sekali gus memerlukan ‘seorang ketua pegawai eksekutif ekonomi Malaysia’ dengan menteri-menteri sebagai pengurusnya manakala Menteri Kewangan melibatkan seseorang penggerak ekonomi adalah keusahawanan dan bukannya keputusan populis semata-mata.

“Jadi ketua pegawai eksekutif ini mesti menyediakan rangka kerja institusi yang betul dan berfungsi yang akan membolehkan keusahawanan dan daya saing berkembang maju.

“Menteri kewangan mesti dapat memahami dinamik ekonomi dan memastikan kementerian seperti Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Kementerian Sumber Manusia tidak menghalang.

“Beliau perlu memahami bagaimana tindakan mereka boleh memupuk keusahawanan dan bukannya menyulitkannya seperti yang kita lihat beberapa tahun kebelakangan ini,” katanya seperti dipetik dalam laporan portal Free Malaysia Today (FMT).

(https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/12/02/bakal-menteri-kewangan-perlu-tahu-gerakkan-ekonomi-kata-pakar/)

Bagi seorang lagi ahli ekonomi dari Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia, Shankaran Nambiar pula memberitahu, Menteri Kewangan akan datang mesti memahami cara dasar berfungsi dan bagaimana ia mempengaruhi pasaran dan bahagian populasi yang berbeza.

Mengulas mengenai spekulasi bahawa cadangan agar Anwar untuk mengambil portfolio kewangan, Nambiar berkata ini mungkin bukan idea yang baik.

“Atas sebab tadbir urus yang baik dan juga kerana cabaran yang mungkin timbul tahun depan, mungkin tidak sesuai untuk Perdana Menteri menjadi Menteri Kewangan walaupun saya tidak meragui kecekapan Anwar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya