Baby Shima buat laporan polis, individu guna gambar tanpa kebenaran - Utusan Malaysia

Baby Shima buat laporan polis, individu guna gambar tanpa kebenaran

Baby Shima bersama peguam daripada Shaharudinali Azfarazmi & Co selepas membuat laporan polis di Balai Polis Mutiara Damansara di sini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Baby Shima membuat laporan polis terhadap seorang penganjur yang dikatakan menggunakan gambarnya tanpa kebenaran untuk mempromosikan sebuah acara di Johor.

Baby Shima yang membuat laporan di Balai Polis Mutiara Damansara, di sini, sebentar tadi mendakwa, individu tersebut sudah tiga kali menggunakan gambarnya tanpa kebenaran walaupun pernah diberi amaran.

“Ini bukan kali pertama berlaku, tetapi sudah tiga kali. Sebelum ini, saya bagi muka, tetapi dia masih menggunakan nama dan gambar saya.

“Dia berbuat begitu untuk mendapatkan tajaan tapak, sedangkan saya tidak terlibat. Itu menjejaskan nama baik saya.

“Jadi, laporan polis perlu dibuat supaya dia berhenti menggunakan nama dan gambar saya,” dakwanya.

Sementara itu,, Baby Shima atau nama lengkapnya, Nor Ashima Ramli, 30, turut menepis dakwaan pengurusnya, Mohd Afrendie Affendy bersikap biadab terhadap individu tersebut.

“Dia cakap kami tidak beradab? Dia yang guna gambar saya tanpa kebenaran. Siapa yang tidak beradab sebenarnya? Dia turut melibatkan ibu dan bapa saya.

“Bagi saya, dia tidak profesional apabila memfitnah pengurus saya tidak beradab. Dia yang bersalah kerana menipu orang ramai,” dakwanya lagi.

Baby Shima juga akan menjelaskan perkara sebenar di media sosial selepas peminat meluahkan kekecewaan apabila dia tidak hadir ke acara tersebut.

“Ramai peminat menghantar Direct Message (DM) mahu berjumpa pada acara tersebut. Ada yang sempat saya balas, tetapi ada yang sangat kecewa kerana rasa tertipu.

“Jadi, saya perlu jelaskan perkara sebenar. Laporan polis ini juga adalah untuk membersihkan nama saya yang telah digunakan tanpa kebenaran,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.