Anwar perlu segera bentang akta elak penjawat awam ditindas

Anwar perlu segera bentang akta elak penjawat awam ditindas

MUHAMMAD ZULHILMI MOHD. SHEE FEE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa mengotakan janji untuk membanteras pemerasan ke atas penjawat awam oleh ahli politik terutamanya menteri.

Saranan itu disuarakan Penyelaras Pejuang Muda, Parti Pejuang Tanah Air Parlimen Putrajaya, Muhammad Zulhilmi Mohd. She Fee yang mahu Akta Perkhidmatan Awam perlu terus dibentang dan diluluskan bagi memberi perlindungan kepada warga perkhidmatan awam dapat melaporkan salah laku itu.

Beliau dipercayai merujuk tawaran janji engerusi Pakatan Harapan itu ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 lalu bagi membendung kegiatan berkenaan di institusi awam demi memastikan semua penjawat awam dapat melakukan tugasan tanpa sebarang campur tangan daripada pihak politik.

Mengulas lanjut, Muhammad Zulhilmi berkata, akta itu yang pernah dirangka pada 2018 dilihat mampu memberi perlindungan daripada salah guna kuasa demi kepentingan peribadi.

“Mereka tidak perlu risau ditukar atau ditamatkan kontrak kerana enggan patuh kerakusan ahli politik yang ada agenda dan ini juga memartabatkan perkhidmatan awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Draf akta itu ada klausa yang menyatakan bahawa seseorang ahli Parlimen boleh hilang kelayakan jika disabitkan kesalahannya kerana campur tangan urusan perkhidmatan awam.

Bukan itu sahaja ujarnya, ia memberi ruang untuk tindakan perundangan ke atas penjawat awam sekiranya mereka didapati pula tidak melaksanakan tugasan diberi secara integriti.

Pada masa sama tegas beliau, Pejuang Muda Putrajaya menyarankan supaya Unit Perlindungan Saksi perlu dijenamakan semula dengan diletakkan sebagai satu badan bebas.

Perubahan itu kerana selagi ia kekal berada di bawah pemantauan Jabatan Perdana Menteri, penjawat awam tidak akan berani mendedahkan perlakuan sumbang ahli politik terbabit.

Usaha berkenaan tambah Muhammad Zulhilmi, akan mudah membawa individu terlibat ke pengadilan tanpa menindas warga perkhidmatan awam yang akur pekeliling ditetapkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya