Gagal patuhi SOP buka ruang ketirisan sistem perkhidmatan awam 

Gagal patuhi SOP buka ruang ketirisan sistem perkhidmatan awam 

ISMAIL BAKAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kegagalan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) boleh memberi kesan langsung kepada kualiti penyampaian perkhidmatan awam, selain membuka ruang kepada kebocoran, ketirisan dan kelompongan dalam sistem.

Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Tan Sri Dr. Ismail Bakar berkata, pematuhan SOP tidak boleh dikompromi dan perlu dilaksanakan secara konsisten oleh semua pihak terlibat.

Beliau berkata, SOP juga perlu sentiasa ditambah baik dari semasa ke semasa bagi memastikan ia kekal relevan, berkesan serta mampu memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan awam.

“SOP wajib dipatuhi secara konsisten dan tidak boleh dikompromi, selain perlu sentiasa ditambah baik dari semasa ke semasa agar kekal relevan, berkesan serta mampu memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan awam, di samping meningkatkan keyakinan rakyat terhadap integriti pelaksanaannya.

“Dalam konteks agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab memastikan keselamatan awam, sebarang kelemahan dalam pelaksanaan SOP, termasuk dalam proses pemberian kelulusan atau lesen serta pelaksanaan tugas penguatkuasaan.

“Ia seperti pengurusan tahanan dan operasi lapangan, boleh menjejaskan keberkesanan sistem serta kualiti penyampaian perkhidmatan awam secara keseluruhan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN