Semak SOP keperluan ke sekolah di luar waktu

Semak SOP keperluan ke sekolah di luar waktu

SOP luar waktu sekolah
WAN DZAHANURIN AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Akses ke dalam premis sekolah di luar waktu persekolahan terutama pada hujung minggu wajar disemak semula bagi mengenal pasti pelajar atau individu dan tujuan mereka.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor, Wan Dzahanurin Ahmad berkata, langkah tersebut penting supaya kawalan keselamatan terutama kepada pelajar dapat dilakukan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Katanya, beliau mengecam pembunuhan terhadap seorang pelajar perempuan apabila diperlakukan dengan begitu kejam di dalam dewan di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, Batu Pahat, kelmarin.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kementerian Pendidikan wajar menyemak semula prosedur operasi standard (SOP) dan memperketatkan sebarang langkah keselamatan dalam kawasan sekolah di seluruh negara.

“Sukar diterima apabila institusi pendidikan menjadi tempat terjadinya jenayah, seolah-olah tiada langsung jaminan keselamatan apabila kejadian sekejam itu boleh berlaku di dalam kawasan kompaunnya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan seramai tiga pelajar lelaki berusia 16 tahun ditahan dipercayai bagi membantu siasatan melibatkan kematian seorang pelajar perempuan itu.

Penahanan ketiga-tiga pelajar lelaki yang bersekolah sama dengan mangsa dibuat dalam tempoh beberapa jam selepas penemuan mangsa, kira-kira pukul 5.30 petang semalam.

Wan Dzahanurin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Kandis memberitahu, beliau menggesa Badan Pimpinan Bersatu Negeri (BPN) menyatakan pendirian masing-masing terhadap isu sedemikian.

“Nyatakan pendirian sebagai solidariti terhadap keprihatinan dan keselamatan anak-anak bangsa yang mendapatkan pendidikan. Keselamatan pelajar, anak-anak adalah tanggungjawab kita bersama,” ujarnya.

Sabtu lalu, Irene Sofiya Mohd. Khairool Faisal dilapor ditemukan dalam keadaan berlumuran darah oleh ahli keluarganya di dalam dewan sekolah berkenaan sebelum disahkan meninggal dunia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN