Anak muda 21 tahun juara gusti MCW, ingin jadi contoh belia - Utusan Malaysia

Anak muda 21 tahun juara gusti MCW, ingin jadi contoh belia

EMMAN Azman menjadi juara gusti Melbourne City Wrestling (MCW) Intercommonwealth 26 November lalu, sekali gus mengangkat nama Malaysia ke persada antarabangsa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Juara gusti Melbourne City Wrestling (MCW) Intercommonwealth, Emman Azman ingin menjadi contoh kepada anak muda lain untuk terus berjaya dalam setiap apa yang diusahakan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Emman yang diberi gelaran ‘Golden Boy’ berkata, segala usaha tersebut akhirnya mendatangkan hasil apabila berjaya menewaskan Mick Moretti dan Adam Brooks, sekali gus menaikkan nama Malaysia ke persada antarabangsa.

“Saya gembira menang pertandingan ini, dan mewakili negara di persada dunia. Tali pinggang ini adalah bukti kita boleh jadi juara pro wrestling. Kalau saya tak boleh jadi contoh macam mana nak ada pelapis pro wrestling dari Malaysia, ini bukan mimpi, kita boleh,” katanya ketika dihubungi.

Emman memenangi pertandingan itu pada 26 November lalu selepas memasuki dunia pro wrestling pada 2014.

Ketika berusia 13 tahun, Emman merupakan salah seorang daripada empat pelajar pertama di Malaysia Pro Wrestling Centre.

Mengulas lanjut, Emman berkata, beliau akan meneruskan dunia pro wrestling serta memperluaskannya di Malaysia.

Selain itu, beliau ingin meneruskan usaha mewakili Malaysia ke pertandingan gusti antarabangsa yang lain.

“Misi terbaharu saya ialah di Jepun, Amerika Syarikat, Thailand, Taiwan, dan Asia Tenggara. Saya harap dapat masuk ke Jepun dan mewakili Malaysia.

“Saya nasihatkan cuba jadi ahli gusti dan kalau suka boleh teruskan. Kalau nak ada impian, saya tegaskan untuk cuba sahaja,” katanya.

Emman dijadualkan pulang ke tanah air pada Jumaat ini untuk bersama-sama rakyat Malaysia meraikan kejayaan beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya