ADUN Johor dinasihat lakukan penyesuaian politik

ADUN Johor dinasihat lakukan penyesuaian politik

MOHD. PUAD ZARKASHI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor dinasihatkan supaya dapat melakukan penyesuaian politik susulan keputusan dan jajaran baharu pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) secara berhemah.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, antara perkara yang ditekankan ialah sentiasa menjaga batas pertuturan dan tidak menyentuh sentimen perkauman dan agama. 

Teguran itu diberikan ekoran keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan PRU15 didominasi oleh parti politik yang berbeza.

“Oleh itu, saya menyeru pada semua Ahli Dewan melakukan penyesuaian politik segera susulan keputusan PRU15 yang sudah selesai. 

“Ahli Dewan juga perlu bergerak untuk terus maju dan mengelak sebarang konflik berdasarkan kaum dan agama,” katanya sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) mula bersidang, hari ini. 

Mohd. Puad mengucapkan tahniah kepada pemenang kerusi DUN Tioman dan Parlimen Padang Serai pada PRU15, semalam. 

Malam tadi, Perikatan Nasional (PN) merampas kerusi Parlimen Padang Serai apabila Datuk Azman Nasrudin memperoleh 51,637 undi mengatasi Dr. Mohamad Sofee Razak daripada Pakatan Harapan (PH) yang meraih 35,377 undi, menang dengan majoriti 16,260 undi.

Bagi DUN Tioman, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Johari Hussain pula mengekalkan kerusi untuk penggal keempat pada PRU15 dengan mendapat 8,080 undi mengatasi calon Perikatan Nasional (PN), Nor Idayu Hashim mendapati 7,507 undi.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Mac lalu,  BN menawan 40 daripada 56 kerusi DUN, Pakatan Harapan (PH) menang 12 kerusi, diikuti Perikatan Nasional (PN) tiga dan Muda satu kerusi.

Kerajaan Johor sebelum ini adalah kerajaan campuran disokong Bersatu yang memiliki majoriti tipis dengan majoriti satu kerusi,  iaitu 28 kerusi berbanding 27 kerusi di blok pembangkang.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya