Sekarang ini masing-masing calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 sibuk berkempen, itu perkara biasa bagi calon-calon.
Bersemuka dengan rakyat di segenap penjuru desa, memperkenalkan manifesto parti, menabur seribu janji, itu juga perkara biasa. Cuma yang luar biasa apabila sudah menang PRN dan menjadi wakil rakyat, mulalah episod-episod sukar menunaikan apa yang telah dijanjikan.
Begitulah lumrah sikap sesetengah wakil rakyat yang menang dalam pilihan raya baik PRN mahupun Pilihan Raya Umum (PRU). Selepas senang janji ditabur, sukar pula untuk menunaikannya.
Selepas begitu peramah dan ‘ringan kaki’ bertemu rakyat, sekarang amat berat pula untuk bertanya khabar penduduk di kawasannya. Malah, ada orang yang terpaksa menunggu seminggu, dua minggu bahkan sebulan baru boleh bertemu wakil rakyat. Ada saja alasan yang diberikan.
Kini rakyat sudah boleh menilai mana wakil rakyat yang benar-benar mengotakan apa yang dijanjikan dan manifesto parti. Sudah banyak pengalaman yang dilalui mereka dengan fiil-fiil wakil rakyat yang hanya mengutamakan kepentingan diri berbanding menyelesaikan masalah rakyat di kawasan.
Pemimpin Islam selepas zaman Rasulullah SAW yang terdiri daripada para sahabat Baginda seperti Abu Bakar Ash-Shiddiq, Umar bin Khattab, Utsman bin Affan dan Ali bin Abi Thalib, mereka ini dikenali sebagai pemimpin yang adil, bijaksana dan berpegang teguh kepada ajaran Islam.
Menggigil seluruh tubuh apabila hendak dilantik sebagai khalifah kerana takut gagal memikul tanggungjawab sebagai pemimpin dan menjalankan amanah dengan jujur.
Mereka begitu takut dan malu untuk menghadap Allah SWT dan bertemu dengan Rasulullah SAW di akhirat nanti sekiranya mereka gagal menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin. Oleh kerana keimanan yang begitu jitu dalam diri menjadikan mereka pemimpin yang adil dan tidak pernah melakukan penyelewengan dalam pentadbirannya.
Tetapi umpama langit dan bumi untuk membandingkan mereka dengan pemimpin-pemimpin yang sekarang terutama pemimpin-pemimpin politik. Malah tidak layak langsung untuk dibandingkan pun.
Ramai pemimpin sekarang tidak peduli langsung halal dan haram. Apa yang penting bagi mereka ialah ‘wang ringgit’ untuk mereka melebarkan kuasa dan pengaruh. Ekoran sikap sesetengah pemimpin yang gilakan ‘harta dunia’ inilah wujudnya kes-kes rasuah dan sebagainya.
Salah satu langkah untuk mewujudkan pemimpin-pemimpin Islam yang adil, jujur dan amanah, ketua kerajaan negeri perlu mewujudkan satu akta pengisytiharan harta yang perlu dipatuhi oleh semua wakil rakyat tanpa mengira parti dan mana-mana pemimpin kerajaan.
Semua mereka perlu melafazkan pengakuan dengan menyebut nama Allah SWT sambil memegang kutip suci al-Quran. Manakala bagi pemimpin yang bukan beragama Islam, perlu ada badan yang melakukan audit secara terperinci.
Tanggal 11 Julai ini telah ditetapkan sebagai hari penentuan nasib politik negeri Johor. Bagi 2.73 juta pengundi berdaftar, hari Sabtu itu bukan sekadar cuti hujung minggu, tetapi saat menentukan arah tuju pentadbiran negeri selama lima tahun akan datang. Rakyat Johor, renung-renungkanlah wakil rakyat ingin dipilih nanti.
Imran Mohamad Nor ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia
Rakyat Johor, renung-renungkan

Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved