ADUN Bersatu Sabah boleh ambil alih parti lain

ADUN Bersatu Sabah boleh ambil alih parti lain

Dalam tempoh seminggu dua lagi akan ada keputusan sama ada, ada individu yang akan didakwa atau tidak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Walaupun penafian telah dibuat bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah tidak akan keluar parti bagi menyertai Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO).

Namun, wakil rakyat Bersatu Sabah masih mempunyai pilihan lain sekiranya mereka memutuskan untuk keluar daripada Bersatu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Madya Dr. Lee Kuok Tiung berkata, apa yang dikatakan Timbalan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun itu ada benarnya kerana tidak semestinya mereka menyertai USNO.

“ADUN Bersatu Sabah boleh mengambil langkah lain iaitu mengambil alih parti politik baharu untuk dijenamakan semula. Cara sebegini lebih mudah kerana pendaftaran parti politik baharu mengambil masa lama untuk mendapat kelulusan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Menurut beliau, sekiranya ADUN Bersatu Sabah keluar parti sekali pun, keadaan itu tidak menjejaskan kedudukan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS)-Barisan Nasional (BN) di Sabah.

Pada masa ini kedudukan GRS-BN di Sabah cukup solid jadi, tidak timbul soal kerajaan akan tumbang sekiranya ADUN Bersatu keluar parti.

Harus diingat GRS telah berdaftar sebagai gabungan politik rasmi jadi tidak menjadi isu sekiranya ADUN Bersatu keluar meninggalkan Bersatu.

“Kerajaan sedia ada cukup kukuh dengan semangat setiakawan dalam kalangan parti-parti komponen GRS. Malah, saya percaya GRS mengambil kira suara-suara yang menginginkan parti tempatan seperti dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS),” katanya.

Menurut beliau, perjuangan menerusi Blok Borneo antara GRS dan GRS telah pun dimeterai namun, ia hanya menunggu pengumuman rasmi sahaja.

Meskipun di peringkat Persekutuan, kerajaan yang dibentuk adalah kerajaan perpaduan tapi, di peringkat negeri Sabah kekal dengan kerajaan GRS-BN.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), kerjasama antara GRS-BN Sabah membolehkan mereka memperoleh 13 daripada 25 kerusi Parlimen.

Pada 7 Disember lalu, Masidi Manjun menafikan ADUN Bersatu Sabah akan keluar parti bagi menyertai USNO dalam masa terdekat.

Malah katanya, dakwaan sebegitu tidak benar dan disifatkan sebagai satu tindakan amatur yang tidak bijak dan mahu memecah-belahkan GRS dan BN. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya