Dalam industri hiburan, ramai yang beranggapan bahawa kejayaan lebih mudah dicapai jika seseorang itu mempunyai ibu bapa yang sudah terkenal atau berharta.
Nama keluarga yang besar sering dianggap sebagai tiket pantas untuk membuka peluang dalam dunia glamor ini.
Namun, realitinya tidak semua selebriti muda datang daripada latar belakang yang mewah atau berpengaruh.
Ramai bintang Generasi Z membuktikan bahawa kejayaan juga boleh dicapai melalui usaha sendiri, ketabahan, dan keberanian untuk terus mencuba walaupun berdepan pelbagai cabaran hidup.
Berikut antara lima selebriti Gen Z yang berjaya membina nama dan kerjaya mereka sendiri tanpa bergantung sepenuhnya pada kelebihan keluarga terkenal atau kekayaan.
Sydney Sweeney
Ketika Sydney Sweeney berusia 13 tahun, keluarganya berpindah ke Los Angeles untuk membantunya mengejar impian menjadi pelakon. Mereka tinggal dalam sebuah bilik di mana Sydney berkongsi katil dengan ibunya manakala ayah dan abangnya tidur di sofa.
Tekanan kewangan serta pandangan negatif daripada keluarga dan rakan-rakan mereka di Washington memberi kesan besar kepada keluarganya.
Uji bakat pertamanya yang benar-benar berjaya adalah untuk siri Sharp Objects pada tahun 2018.
Lil Nas X
Penyanyi rap ini membesar di projek perumahan Bankhead Courts di luar Atlanta bersama ibu dan neneknya sebelum berpindah tinggal bersama ayahnya. Sebelum lagu Old Town Road menjadi tular, dia berhenti belajar di kolej dan tinggal di rumah kakaknya.
Mencipta polulariti di Twitter kerana ciapan lucu dan meme yang dikongsikannya, Lil Nas mula menghasilkan muzik kerana bosan dan akhirnya menemui minat serta hala tuju hidupnya.
Addison Rae
Ketika berusia tujuh tahun, keluarganya berpindah ke sebuah kenderaan perkhemahan (camper) di atas tanah milik majikan ayahnya kerana mereka tidak mempunyai tempat tinggal. Beberapa tahun kemudian, mereka berpindah ke negeri lain, di mana dia dibuli kerana memakai kasut jenama biasa yang bukan berjenama terkenal.
Semasa membesar, Addison merasakan menjadi pelakon adalah impian yang mustahil dicapai, jadi ketika di kolej, dia mengambil jurusan kewartawanan supaya dia masih boleh muncul di televisyen.
Jenna Ortega
Ketika Jenna Ortega membesar, ibunya tidak pasti sama ada mahu membenarkannya menceburi bidang lakonan atau tidak. Tetapi, selepas ibunya memuat naik video Jenna yang berusia sembilan tahun sedang mempersembahkan sebuah monolog di Facebook sebagai gurauan, seorang ejen pencarian bakat menghubungi mereka.
Ibunya membenarkan Jenna mula menghadiri uji bakat, tetapi Jenna sering ditolak kerana dia tidak mempunyai rupa yang mereka cari.
Bagaimanapun, penolakan itu membuatkan Jenna benar-benar bersemangat untuk mengubah pandangan para pengarah.
Camila Cabello
Ketika Camila Cabello berusia tujuh tahun, dia dan ibunya berhijrah dari Cuba ke Amerika Syarikat. Ibunya pernah bekerja sebagai arkitek tetapi terpaksa bekerja di Marshall’s kerana kelayakannya tidak diiktiraf di sana. Mereka tinggal di rumah milik rakan sekerja datuk Camila.
Melalui dua pelanggan Cuba yang ditemui ibunya di Marshall’s, ibunya berjaya mendapatkan pekerjaan sebagai arkitek.
Camila memberitahu PopSugar, dia belajar menggunakan program itu dalam masa seminggu dan memperoleh pendapatan yang cukup untuk membawa keluarganya keluar dari rumah ibu saudara angkat dan berpindah ke sebuah apartmen.
“Kemudian ayah saya datang dari Mexico setahun setengah kemudian. Dia bermula dengan mencuci kereta di hadapan Dolphin Mall dalam panas terik Miami. Tetapi kami terus berusaha untuk kehidupan yang lebih baik,”katanya.
Ketika Camila berada di tingkatan tiga, dia meyakinkan mereka untuk membawanya ke North Carolina bagi menghadiri uji bakat The X Factor, yang akhirnya membawanya menjadi ahli kumpulan Fifth Harmony.










