TPM daripada BN, GPS - Utusan Malaysia

TPM daripada BN, GPS

ANWAR Ibrahim ditemani isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail ketika sidang media selepas mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri. - UTUSAN/MOHD FARIZWAN HASBULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG: Jawatan Timbalan Perdana Menteri kerajaan perpaduan akan diisi wakil Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara berkenaan belum lagi diputuskan buat masa ini dan memerlukan perbincangan lanjut.

“Oleh kerana Perdana Menteri daripada Pakatan Harapan (PH), maka timbalannya pula adalah daripada komponen kuat lain iaitu BN atau blok Sabah dan Sarawak iaitu GPS.

“Apabila saya sudah putuskan kelak, saya akan maklumkan,” katanya dalam sidang akhbar di Sungai Long Golf & Country Club di sini hari ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen Tambun itu selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-10 di Istana Negara selepas mendapat perkenaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pelantikan berkenaan menamatkan kemelut politik yang melanda negara pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) selepas tiada gabungan parti politik meraih kemenangan dengan majoriti mudah.

Sementara itu, ketika ditanya adakah kluster mahkamah akan diberikan jawatan dalam Kabinet, beliau memerlukan masa untuk membincangkan perkara tersebut.

“Pendirian PH jelas tetapi oleh kerana ini adalah kerajaan perpaduan maka, kita akan berbincang dengan yang lain.

“Bagi ruang untuk kita berbincang,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Anwar memberitahu sidang Parlimen akan diadakan pada 19 Disember depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya