Penduduk dunia saksikan fenomena ‘Bulan Biru’ - Utusan Malaysia

Penduduk dunia saksikan fenomena ‘Bulan Biru’

‘Bulan Biru’ terbit di langit di belakang menara yang diterangi cahaya di Masjid Al-Fanar, Doha, Qatar, Ahad lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANTIAGO: Penduduk Barat pada malam Sabtu lalu menyaksikan fenomena ‘Bulan Biru’ yang jarang berlaku. 

Ia merupakan bulan purnama terkecil bagi tahun 2026 yang turut dilihat oleh penduduk Asia pada malam Ahad.

Fenomena itu merupakan bulan purnama kedua yang berlaku dalam satu bulan dan memenuhi definisi ‘Bulan Biru’ mengikut takrifan moden.

Bulan Biru adalah fenomena astronomi yang berlaku apabila dua bulan purnama muncul dalam bulan kalendar yang sama. Bulan purnama pertama bagi Mei tahun ini berlaku pada 1 Mei.

Definisi asal merujuk kepada bulan purnama ketiga dalam satu musim yang mempunyai empat bulan purnama.

Terdapat definisi lebih popular di mana ia merujuk bulan dua bulan purnama dalam bulan kalendar yang sama.

Fenomena itu dianggap jarang berlaku kerana ia berlaku sekali setiap dua hingga tiga tahun, berikutan bulan mengambil masa kira-kira 29.5 hari dan tidak sejajar sepenuhnya dengan kalendar.

Peminat astronomi di seluruh dunia turut berpeluang menyaksikan fenomena tersebut menerusi siaran langsung yang dikendalikan ahli astronomi, Gianluca Masi dan Virtual Telescope Project.

Fenomena hujung minggu lalu turut mencatatkan satu lagi keunikan apabila bulan purnama  muncul sebagai mikrobulan, iaitu keadaan apabila ia berada pada kedudukan paling jauh dari bumi dan orbitnya.

Ia menyebabkannya kelihatan lebih kecil berbanding bulan purnama biasa.

Bulan purnama pada Mei berlaku kira-kira 19 jam sebelum bulan mencapai apogi, iaitu titik paling jauh dari bumi dalam orbitnya yang berbentuk sedikit elips.

Akibatnya, ia menjadi bulan purnama yang paling jauh dari bumi bagi tahun ini, menyebabkan ia kelihatan sedikit lebih kecil dan malap di langit berbanding kebiasaannya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN