Nelayan dikhuatiri lemas ketika cuba berenang seberangi Sungai Pahang - Utusan Malaysia

Nelayan dikhuatiri lemas ketika cuba berenang seberangi Sungai Pahang

OPERASI mencari mangsa lemas sedang giat dilaksanakan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Temerloh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Seorang nelayan sungai dikhuatiri lemas selepas dipercayai hanyut ketika cuba berenang menyeberangi Sungai Pahang berhampiran Kampung Peragap di sini hari ini.

Mangsa, Samsul Azmi Ishury, 41, dilaporkan hilang kira-kira pukul 7.30 pagi sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Komander Operasi, PBK II Muhammad Lutfi Burn Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 7.30 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Temerloh dikejarkan ke lokasi.

“Berdasarkan maklumat awal saksi, mangsa dipercayai berenang untuk menyeberangi sungai sebelum dihanyutkan arus dan dikhuatiri lemas,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Muhammad Lutfi, operasi pencarian dijalankan di kawasan sungai dengan kerjasama pihak polis bagi mengesan mangsa yang masih belum ditemukan setakat ini.

“Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Bukit Angin turut dimaklumkan bagi membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN