Sidang DUN sehari pada 22 Jun batal - Speaker DUN Johor - Utusan Malaysia

Sidang DUN sehari pada 22 Jun batal – Speaker DUN Johor

Mohd. Puad Zarkashi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Sesi Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor sehari yang dijadual diadakan pada 22 Jun ini terbatal selepas Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan pembubaran DUN, semalam.

Speaker DUN Johor, Datuk Mohd. Puad Zarkashi mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

“Batal,” katanya ringkas.

Sementara itu, ketika diminta mengulas berhubung pembubaran DUN, beliau memberitahu satu pemakluman akan dikeluarkan dalm waktu terdekat berhubung penghantaran notis kepada Suruhanjaya Pilihan raya.

Pada 29 Mei lalu, beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor memaklumkan mereka telah menerima notis memanggil Sidang DUN pada 22 Jun.

Antara yang mengesahkan perkara itu termasuklah penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong, Datuk Dr. Sahruddin Jamal; penyandang DUN Johor Jaya, Liow Cai Tung dan juga penyandang DUN Sri Medan, Datuk Zulkurnain Kamisan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN