Terima kasih penduduk Permatang Pauh - Nurul Izzah - Utusan Malaysia

Terima kasih penduduk Permatang Pauh – Nurul Izzah

Nurul izzah
NURUL IZZAH ANWAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERMATANG PAUH: Calon Pakatan Harapan (PH) kerusi Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar berterima kasih kepada seluruh pengundi yang memberikan kepercayaan sepanjang beliau berkhidmat di kawasan itu sepenggal lalu.

Katanya, beliau banyak belajar malah menimba pengalaman dalam tempoh lima tahun menerusi saat manis mahupun getir sepanjang bergelar wakil rakyat.

“Saya gembira kerana berpeluang menobatkan Kajian Kemiskinan Multidimensi Permatang Pauh 2021 yang dijalankan semasa pandemik Covid-19 diangkat pihak Unit Perancang Ekonomi (UPE) bagi memudahkan pelaksanaan bantuan dengan lebih tersusun.

“Terima kasih kepada semua kerana tatkala tiada siapa berani melawan dominasi UMNO, ada juga yang menyokong bagi membolehkan saya mencalonkan diri untuk mewakili penduduk Permatang Pauh di Dewan Rakyat dan melawan rasuah, salah urus tadbir sekali gus memperjuangkan dasar kebangkitan rakyat.

“Timbul sedikit rasa sedih, tapi takkan lah nak sedih lama-lama. Permatang Pauh kan cinta sejati saya dan insya-Allah kita akan teruskan perjuangan,” katanya dalam sidang media di Yayasan Aman di Penanti di sini.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan tahniah kepada calon Perikatan Nasional (PN), Muhammad Fawwaz Mat Jan atas kemenangannya menembusi kubu kuat PH dalam pilihan raya kali ini.

Muhammad Fawwaz yang juga Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang meraih 37,638 undi menewaskan Nurul Izzah yang memperoleh 32,366 undi.

Sementara itu, calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Said mendapat 16,971 undi dan Mohd. Nasir Othman (GTA) memperoleh 473 undi.

Nurul Izzah sebelum ini mengekalkan penguasaan PKR di Parlimen Permatang Pauh sejak 1998 apabila memenangi PRU14 dengan majoriti 15,668 undi.

Beliau memperoleh 35,534 undi mengalahkan Mohd Zaidi yang memperoleh 19,866 undi dan Afnan Hamimi Taib Azamudden dari Pas (14,428 undi).

Kerusi tersebut sebelum ini disandang sama ada Anwar atau isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sejak tahun 1982. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya