[SIDANG DUN] Kerajaan negeri berusaha siapkan baki kerja PAAB - Utusan Malaysia

[SIDANG DUN] Kerajaan negeri berusaha siapkan baki kerja PAAB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan negeri akan berusaha menyiapkan baki kerja-kerja yang dilakukan oleh pihak Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) di Loji Rawatan Air Merbau Chondong bagi mengatasi masalah bekalan air bersih di kawasan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti negeri, Datuk Azami Mohd. Nor menjelaskan, kerja-kerja berkenaan melibatkan peruntukan sebanyak RM1.7 juta.

“Permohonan tersebut sudah dibuat kepada Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) pada 25 Julai lalu dan iklan tender juga sudah dibuat oleh Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB).

“Namun, permohonan tender gagal kerana tidak memenuhi syarat ditetapkan,” katanya ketika menjawab soalan Azhar Salleh (Pas-Pulai Chondong) semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di sini hari ini.

Azami memberitahu, cadangan naikm taraf sistem pemprosesan Loji Rawatan Air Merbau Chondong kepada 50 juta liter sehari sedang dalam proses permohonan peruntukan pinjaman sebanyak RM11 juta.

Katanya, jangkaan tender dikeluarkan adalah pada sekitar tahun ini dan dijangka siap pada 2024.

“Dijangkakan Loji Rawatan Air Merbau Chondong akan dapat mengeluarkan sebanyak 60 juta liter air sehari dan dapat menyelesaikan masalah bekalan air bersih di Pulai Chondong khususnya dan sebahagian besar negeri Kelantan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya